Wednesday, 25 January 2012

The Power of 4

Assalamualaikum...


wah, macam hebat je kan tajuk entry ni. The Power of 4 . Lovely MaiSya WaNa. aku merujuk kepada 3 orang sahabat yang amat aku sayangi, kiranya sayang sampai syurga lah ni. mereka lah yang mewarnai hidup aku sepanjang hayat aku 20 tahun ni.... 


NUR UMAIMAH BINTI JASIMON


aku panggil dia umai. my sweety, manja sangat. aku kenal dengan dia sejak dari darjah 1 (tahun 1999). kami kelas sama, 1 Iman. wah beriman ke? hahaha. kecik2 lagi masa tu. ke hulu-hilir sama2. pergi toilet pun sama2, makan bekal waktu rehat sama2. main nyorok2, main terperanjatkan org, main cop tiang, main ceper, main bola pakai pensel. hahaha. sebab aku x pandai main ceper tangkap, umai bagi main tangkap mangkuk (suke hati lah kalau korang x paham, aku pun tak tahu nak terangkan cmane. hahaha). main cop tiang, poyo betul masing2. main nyorok2 dekat toilet lpas tu diri sendiri terkejut. hahaha. rindu kenangan tu semua. kiranya kami ni tak pernah berpisah kelas sampai lah form 5, tapi jarang duduk sebelah menyebelah. yelah waktu tu kan cikgu yang aturkan tempat duduk, lawak kan? hehehe. dia pendengar yang sangat baik, tempat saya mengadu masalah selepas mengadu pada Allah. 


"aku sayang sangat dengan kau mai. tiada kata yang mampu mengungkap rasa sayang ini pada kau.."
ehehe aku xde gambar lain lah. gambar kita semua banyak2 kat laptop dulu yang rosak tuh...:)





SITI AISYAH BINTI MD ATAN


hai syah! orang yang setia duduk dengan aku start dari form 1 sampai la form 5. opppsss masa form 2 Nora memisahkan kita sayang! hahaha. sebab teacher katy suruh die duduk kat tengah2. banyak kenangan yang aku lakar dengan Aisyah start dari darjah 4, sebab masa darjah 1 sampai 3 aisyah kelas Taqwa, kelas nombor 1... Iman kelas nombor 2 je. hehehe. study sama2, skodeng cikgu perempuan siap buat rating siapa paling cantik hari tu sama2, pergi hutan bandar sama2 (dengan lilik n daiy skali), pergi angkat buku la, jumpa cikgu ni la, cikgu tu la sbb nak ponteng kelas sama2. hahaha. banayak perkara yang kita buat sama2 kan. 


"aku sayang sangat kau cah! hanya ada satu je Siti Aisyah yang macam ni dalam dunia ni!"


si manis aisyah bertudung pink, yang sebelah tu kakak dia, kak mai



SITI NORAINA BINTI SULIMAN


tanpa kau, MaiSya WaNa tak wujud tau. ade MaiSya Wa je. tapi pelik pulak bunyinya kan? huhu. aku kenal kau masa form 1, sebab sekolah rendah kita lain2. lepas tu kita mula rapat sebab selalu lepak sama2. lepas lepak, jalan2, lepas jalan2, minum abc. macam tula kita rapat kan. hahaha. dah rapat gaduh, pastu nangis2. biaselah perempuan kan. alang suami isteri bergaduh, apatahlagi kawan2. baru lah bertambah erat kan hubungan kita. hahaha. thanks so much sebab sanggup layan aku yang sangat hyperactive ni. hahaha. kalau boleh aku nak kembali semula pada zaman2 kita sama2 sekolah dulu, seronok sangat!


"aku sayang kau aina! lebih dari kau sayang aku. kalau kau sayang aku 10, aku sayang kau 10.00001. hahaha gurau je sayang!"


alahai manisnya..kang tumbang pulak pokok kat sebelah tu kalau puji lbeh2. hahaha



sesungguhnya koranglah antara pelengkap hidup aku. satu je aku tak suka pasal korang, start dari form 1 korang satu rumah sukan yang sama (Harun Aminurrashid), aku sorang je Zaaba tau. sedih i tau, xde geng. benci. hahaha. tapi nak buat cmane, dah tercatat kat Lauh Mahfuz aku termasuk dalam rumah sukan juara kan. hehehe. semoga kat syurga pun kita masih jadi kawan baik eh. semoga kita sama2 masuk syurga! luv all of you so much guys! 


MaiSya WaNa forever. luv u guys so much!




salam sayang dari pencinta,
Aku Seorang Pencinta Maisya Wana

4 comments: