Tuesday 31 January 2012

Di sana ada syurga...

Assalamualaikum.....


Hidupmu mungkin banyak halangan kawan
Tapi yang namanya dunia ini...tempat ujian
Jalanilah hidup dengan berani
Yakin di sebalik semua ini
ada Syurga yang menanti

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu...

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya.


feeling pulak aku kali ni kan. yelah, kita kan manusia, ada macam-macam perasaan, suka, sedih, gembira, duka, terharu, cemburu dan macam-macam lagi. bila suka gembira, ketawalah. kalau sedih berduka, menangislah. itu hukum dunia, hukum alam. tapi jangan sampai hilang semangat kawan. Allah kan ada. dekat sangat dengan kita.


sometimes, kita akan down bila ditimpa dengan macam2 masalah. yes, aku pun pernah alami. cemburu tu ya Allah, menggunung kalah Gunung Everest. "kenapa kawan aku dapat aku tak dapat?" hebatnya dugaan Allah kan. tapi kita manusia tak sedar, ada hikmah besar disebalik setiap apa yang berlaku. kita selalu menilai kejayaan itu dari sudut pengukuran manusia je. tapi kita tak nilai sama ada Allah redha ataupun tak apa yang kita kejar tu.


ingatlah, dengan adanya kesabaran dan ketabahan ketika kita melalui ujian yang Allah bagi ni, insyaAllah itulah kejayaan sebenar di sisi Allah. memang kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, tapi kan kita percaya Allah itu sebaik-baik perancang? hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.




Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
[90:4]


Trust in Allah won't make the mountain smaller, but will make climbing easier. Do not ask Him for a lighter load but ask Him for a stronger back! Selamat berjuang sahabat. Semoga kita sentiasa dilindungi payung redha dan dilimpahi rahmat Allah hendaknya. Yakin di sebalik semua ini, Di sana ada SYURGA yang menanti....








entry credit to Farah Waheeda Patul Muin yang sangat saya sayangi.


salam sayang dari pencinta,
Aku Seorang Pencinta Allah

Saturday 28 January 2012

Ku titipkan salam kerinduan itu....

Assalamualaikum....


salam kerinduan buat farah waheeda
nun jauh di jakarta sana
rindu kat kau sangat farah!
bukak la email
boleh kongsi cerita
kalau nak call lagi di alu-alukan
kalau skype tak payah
line kau kureng


salam kerinduan buat hidayah
seorang bakal doktor
terus berjuang!
aku yakin kau boleh
bak kata ayum
"boleh bah kalau kau!"
rindu dengan masakan campak-campak kau
dan telur goreng exotic version 1-2-A1


salam kerinduan buat farhana
kali ni kita tak bersama lagi
tapi aku yakin ikatan ini kuat
hati kita tetap bersama kan?
rindu nak gelak-gelak dengan kau
rindu dengar kata-kata semangat kau
di kala semua orang pandang rendah pada aku
di kala bila aku rasa hanya Allah yang memahami aku
aku harap kau ada kat situ
di sisi aku
tapi aku tahu itu tak mungkin


salam kerinduan buat bos
senyap sungguh kau ye
oh dah dapat gaji tak nak belanja aku ye?
hahaha aku gurau je
rindu nak kumpul satu rumah semula
pinjam projector and tengok wayang sama-sama
lepas tu 10 minit kemudian aku tidur
esok pagi tanya jalan cerita kat korang
korang kata tengoklah sendiri
tapi kau selalu delete cerita tu lepas tengok
at last memang aku tak tengok lah


kau orang istimewa dalam hidup aku
kita dari dunia berbeza tapi kita bersama
hidup dalam kerukunan
penuh persefahaman
yang lain pun aku sayang jugak
tapi aku takut nangis pulak
bila mengenang masa lalu
sekarang aku dah pandai nangis
tapi tak la sampai nangis tengok cerita sedih ye
kalau song seung heon mati baru aku nangis
walaupun dalam drama
hehehe
rindu ini sudah menggunung
andai sudi kau orang merindui aku
itu sudah cukup untuk diri ini


hazirah, hanan, atiqah, nisa, sunarti, nahida, bos wawa, qiela, salwa, farah, hidayah, farhana




Salam sayang dari pencinta,
Aku Seorang Pencinta KTT Tangga 1

Friday 27 January 2012

Ada apa dengan 25 Januari?

Assalamualaikum....


hari ini 25 Januari!!! ada apa dengan 25 Januari? erm.. specially dedicated to my one and only brother, Iskandar Shah bin Isahak, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 28 TAHUN! Sanah Helwah long! Happy Birthday! 생일 축하합니다! जन्मदिन मुबारक! 誕生日おめでとう! 


"Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu ye! Jangan nak kuat2 merajuk lagi, apa la orang lelaki merajuk. hehehe. *peace* Semoga terus hidup dalam rahmat Allah. Cepat2 sket kahwin, baru ada anak sedara ramai2!"


So, early in the morning lah kot, mak dah start masak pulut kuning tau. wah, biase la kami kan true Malaysian, true Malay yang masih lagi mengamalkan adat2 keMelayuan kot. hehehe. after lunch time baru masak rendang. memang TERBAEKKKK lah menu kali ni kan. birthday aku pun korang kasi bedal KFC je kan. tapi tak pe la, sedap jugak ape. hehehe.


Kak Fatin pun pagi2 (xde la pagi sangat, dalam pkul 11lbeh camtu) dah message tanya Along balik kerja pukul berapa. plan punyer plan, kitorang deal nak ambik kek pukul 6 petang camtu. wah best gak orang ade tunang ni ek, kek dapat, hadiah dapat. ("Mak carikan orang tunang boleh?") hahahaha.


Hadiah ni before birthday dah dapat dah. siap tayang2 depan adik2 die, die dapat minyak wangi mahal. ok fine...nanti birthday aku, aku nak buli Kak Fatin bagi aku minyak wangi jugak ok? hahaha... kalau hadiah dari aku jangan harap lah eh? kerja tanam anggur memang pendapatan tak menentu, tahu2 je la cuaca Malaysia tak sesuai untuk tanaman anggur. hahahaha...


minyak wangi kau ambik, kotak buang dalam bilik aku eh.
alkisahnye konon2 nak surprise lah. deal nak ambik kek pukul 6, sekali je birthday boy balik pukul 5 something. haru plan nak ambik kek. nak sorokkan lagi cmane? nak sorokkan kek tu kat fridge takut kantoi pulak. so kek tu terpaksa la bersemadi dekat atas kerusi rumah atas (sape yang dah penah pegi rumah aku, tahu la rumah atas tu kat mana. hehehe) at last, jadi jugak surprise tu. tapi masa nak blow candle tu lawak sungguh, awkward giler. hahaha. rasa macam dah lame je tak nanyi lagi selamat hari lahir. dah la birthday boy tu moody je, kalahkan orang perempuan tau.




Kek ni sedap giler. yelah orang belanje kott..

wah manjenyeeeee....


so, macam tu je la sambutan ulangtahun yang serba simple tapi penuh dengan kasih sayang antara ahli keluarga. that's why i love my family! specially mak yang bertungkus lumus untuk membahagiakan anak2nya. 


TERIMA KASIH MAK! SAYANG MAK!


di sini juga aku nak ambik kesempatan mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Ke-20 Tahun pada ex-classmates aku masa Form 5, Mustakim Yusof  :)


*aku post entry ni 2 hari lewat sebab gambar dalam hp birthday boy. die dah tido. hehehe


Salam sayang dari pencinta,
Aku Seorang Pencinta Keluargaku

Wednesday 25 January 2012

The Power of 4

Assalamualaikum...


wah, macam hebat je kan tajuk entry ni. The Power of 4 . Lovely MaiSya WaNa. aku merujuk kepada 3 orang sahabat yang amat aku sayangi, kiranya sayang sampai syurga lah ni. mereka lah yang mewarnai hidup aku sepanjang hayat aku 20 tahun ni.... 


NUR UMAIMAH BINTI JASIMON


aku panggil dia umai. my sweety, manja sangat. aku kenal dengan dia sejak dari darjah 1 (tahun 1999). kami kelas sama, 1 Iman. wah beriman ke? hahaha. kecik2 lagi masa tu. ke hulu-hilir sama2. pergi toilet pun sama2, makan bekal waktu rehat sama2. main nyorok2, main terperanjatkan org, main cop tiang, main ceper, main bola pakai pensel. hahaha. sebab aku x pandai main ceper tangkap, umai bagi main tangkap mangkuk (suke hati lah kalau korang x paham, aku pun tak tahu nak terangkan cmane. hahaha). main cop tiang, poyo betul masing2. main nyorok2 dekat toilet lpas tu diri sendiri terkejut. hahaha. rindu kenangan tu semua. kiranya kami ni tak pernah berpisah kelas sampai lah form 5, tapi jarang duduk sebelah menyebelah. yelah waktu tu kan cikgu yang aturkan tempat duduk, lawak kan? hehehe. dia pendengar yang sangat baik, tempat saya mengadu masalah selepas mengadu pada Allah. 


"aku sayang sangat dengan kau mai. tiada kata yang mampu mengungkap rasa sayang ini pada kau.."
ehehe aku xde gambar lain lah. gambar kita semua banyak2 kat laptop dulu yang rosak tuh...:)





SITI AISYAH BINTI MD ATAN


hai syah! orang yang setia duduk dengan aku start dari form 1 sampai la form 5. opppsss masa form 2 Nora memisahkan kita sayang! hahaha. sebab teacher katy suruh die duduk kat tengah2. banyak kenangan yang aku lakar dengan Aisyah start dari darjah 4, sebab masa darjah 1 sampai 3 aisyah kelas Taqwa, kelas nombor 1... Iman kelas nombor 2 je. hehehe. study sama2, skodeng cikgu perempuan siap buat rating siapa paling cantik hari tu sama2, pergi hutan bandar sama2 (dengan lilik n daiy skali), pergi angkat buku la, jumpa cikgu ni la, cikgu tu la sbb nak ponteng kelas sama2. hahaha. banayak perkara yang kita buat sama2 kan. 


"aku sayang sangat kau cah! hanya ada satu je Siti Aisyah yang macam ni dalam dunia ni!"


si manis aisyah bertudung pink, yang sebelah tu kakak dia, kak mai



SITI NORAINA BINTI SULIMAN


tanpa kau, MaiSya WaNa tak wujud tau. ade MaiSya Wa je. tapi pelik pulak bunyinya kan? huhu. aku kenal kau masa form 1, sebab sekolah rendah kita lain2. lepas tu kita mula rapat sebab selalu lepak sama2. lepas lepak, jalan2, lepas jalan2, minum abc. macam tula kita rapat kan. hahaha. dah rapat gaduh, pastu nangis2. biaselah perempuan kan. alang suami isteri bergaduh, apatahlagi kawan2. baru lah bertambah erat kan hubungan kita. hahaha. thanks so much sebab sanggup layan aku yang sangat hyperactive ni. hahaha. kalau boleh aku nak kembali semula pada zaman2 kita sama2 sekolah dulu, seronok sangat!


"aku sayang kau aina! lebih dari kau sayang aku. kalau kau sayang aku 10, aku sayang kau 10.00001. hahaha gurau je sayang!"


alahai manisnya..kang tumbang pulak pokok kat sebelah tu kalau puji lbeh2. hahaha



sesungguhnya koranglah antara pelengkap hidup aku. satu je aku tak suka pasal korang, start dari form 1 korang satu rumah sukan yang sama (Harun Aminurrashid), aku sorang je Zaaba tau. sedih i tau, xde geng. benci. hahaha. tapi nak buat cmane, dah tercatat kat Lauh Mahfuz aku termasuk dalam rumah sukan juara kan. hehehe. semoga kat syurga pun kita masih jadi kawan baik eh. semoga kita sama2 masuk syurga! luv all of you so much guys! 


MaiSya WaNa forever. luv u guys so much!




salam sayang dari pencinta,
Aku Seorang Pencinta Maisya Wana